PERADUAN POS LAJU PREPAID CRAZE
    Terma & Syarat
  1. Peraduan “Pos Laju Prepaid Craze” ini dianjurkan sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia Pos Laju. Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan termasuk kakitangan Pos Malaysia, kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung dalam kempen dan keluarga mereka yang terdekat. Peserta harus mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor yang boleh dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diperlukan akan terbatal kelayakannya secara automatik.
  2. Peraduan ini bermula dari 1 Disember 2016 hingga 28 Februari 2017 ("Tempoh Peraduan"). Penganjur berhak untuk melanjutkan, menukar, membatalkan atau menamatkan peraduan pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Pihak Penganjur tidak akan menanggung atau bertanggungjawab dalam apa cara sekalipun untuk apa-apa kekurangan atau kerugian secara langsung atau tidak langsung yang ditanggung oleh peserta disebabkan perubahan, penyambungan, pembatalan atau penamatan peraduan ini.
  3. Penyertaan yang diterima lewat atau selepas tamat tempoh peraduan tidak layak untuk menyertai peraduan ini. Peraduan ini hanya sah untuk pembelian produk Prabayar Pos Laju iaitu Kotak & Sampul Prabayar Pos Laju atau Pelekat Prabayar Pos Laju yang dibeli di cawangan Pos Laju, Pusat Servis Pos Laju, Kiosk Pos Laju, Pejabat Pos, Pos Laju Go2u, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Mini dan Pos-on-Wheels.
  4. Pelanggan perlu mengisi borang secara atas talian dan perlu menyimpan resit sebagai bukti pembelian.
  5. Untuk melayakkan diri, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Prabayar Pos Laju sekurang-kurangnya RM50 dan ke atas dalam satu resit. Pelanggan perlu memasukkan nombor resit dan jumlah transaksi pada borang pendaftaran.
  6. Lebih tinggi jumlah pembelian, maka lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Setiap pembelian bernilai RM50 akan dikira sebagai satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:

  7. • RM150 = 3 Penyertaan
    • RM1000 = 20 Penyertaan

  8. Tiada had penyertaan yang ditetapkan untuk menyertai peraduan ini.
  9. Borang peraduan yang lengkap hendaklah dihantar kepada kami melalui laman sesawang Pos Laju di www.prepaidcraze.poslaju.com.my pada atau sebelum tarikh dalam jadual seperti dibawah. Penyertaan yang lewat diterima tidak akan dilayan.

  10. Cabutan Tarikh
    Cabutan 1 (Pemenang Bulanan) 10 Januari 2017
    Cabutan 2 (Pemenang Bulanan) 10 Februari 2017
    Cabutan 3 (Pemenang Bulanan) 15 Mac 2017
    Cabutan 4 (Hadiah Saguhati) 15 Mac 2017
    Cabutan 5 (Hadiah Utama) 15 Mac 2017
    Cabutan 6 (Hadiah Bonanza) 15 Mac 2017

  11. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pemilihan secara rawak oleh sistem. Bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon. Kegagalan untuk dihubungi dalam tiga (3) percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal dan bakal pemenang seterusnya akan dihubungi.
  12. Pemenang yang telah dipilih mesti menunjukan resit sebagai bukti pembelian.
  13. Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (staf) sebagai pemenang. Gagal berbuat sedemikian akan menyebabkan kehilangan kelayakan dan bakal pemenang seterusnya akan dipilih.
  14. Hadiah yang diberikan tidak boleh ditukar kepada bentuk hadiah yang lain.
  15. Pihak penganjur berhak mengikut budi bicara mutlaknya untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah yang lain yang sama nilai pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
  16. Hadiah mesti dituntut pada tarikh dan lokasi yang akan ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur mempunyai hak untuk mengambil semula hadiah sekiranya pemenang gagal menuntut hadiah dalam tempoh yang ditetapkan.
  17. Para pemenang dikehendaki menghadiri majlis penyampaian hadiah dan / atau program publisiti lain pada masa dan tempat yag ditetapkan oleh penganjur untuk tujuan menuntut hadiah mereka dan segala kos yang terlibat perlu ditanggung sendiri.
  18. Dengan menyertai peraduan ini, penganjur berhak untuk menerbitkan dan memaparkan nama dan alamat pemenang, gambar pemenang dan audio / atau rakaman visual bagi mana-mana media massa atau bahan pemasaran untuk tujuan pengiklanan dan publisiti tanpa notis terlebih dahulu dan / atau pampasan.
  19. Keputusan pihak penganjur berkenaan dengan peraduan adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan tidak akan dilayan dalam apa jua keadaan.
  20. Dengan menyertai pertandingan ini, para peserta bersetuju dan terikat dengan terma dan syarat serta keputusan yang telah ditetapkan oleh penganjur dan juga pihak juri. Pihak penganjur berhak untuk menukar atau meminda mana-mana terma dan syarat tanpa sebarang notis terlebih dahulu

    Terms & Condition
  1. The “Pos Laju Prepaid Craze” Contest (“Contest”) is organized by Pos Malaysia Berhad (“Organizer”) and is opened to all Malaysian citizens including Organizer’s staff except those who are directly involved in the Contest and their immediate family members. Participant must have valid personal identification document and valid contact details to participate in the contest and failure to provide either would lead to disqualification.
  2. This Contest starts from 1 December 2016 until 28 February 2017 (“Contest Period”). Organizer reserves the right to extend, change, cancel or terminate the Contest at any time at its absolute discretion without prior notice. The Organizer shall not be responsible or liable in any manner whatsoever for any deficiency or loss directly or indirectly incurred by the participant due to change, extension, cancellation or termination of this Contest.
  3. Any participation received out of the Contest Period is not eligible for the Contest. The Contest is only eligible for Pos Laju’s Prepaid products which include Pos Laju Prepaid Boxes/Envelopes or Pos Laju Prepaid Sticker purchased at Pos Laju’s branches, Pos Laju Service Centres, Pos Laju Kiosk, Post Office, Pos Laju Go2U, Pos Laju EziDrive-Thru, Pos Mini, Pos-on-Wheels.
  4. Customers are required to fill in an online form and are required to retain the original receipt as proof of purchase.
  5. To be eligible, customers need to purchase any Pos Laju Prepaid product, at least RM50 and above in single receipt. Customers are required to key in the receipt number and transaction amount on the online registration form.
  6. The higher amount spent on Pos Laju Prepaid products, the higher the chances to win the prizes offered. One (1) entry is entitled for every RM50, for example:

  7. • RM150 spent will entitle the customer with 3 entries
    • RM1000 spent will entitle the customer with 20 entries

  8. There are no limitation on entry submissions during the Contest Period.
  9. Completed online contest forms are to be submitted to us via Pos Laju website at www.prepaidcraze.poslaju.com.my on or before the following dates. Late submissions will not be entertained.

  10. Draw Date
    Draw 1 (Monthly winner) 10 January 2017
    Draw 2 (Monthly winner) 10 February 2017
    Draw 3 (Monthly winner) 15 March 2017
    Draw 4 (Consolation Prize) 15 March 2017
    Draw 5 (Grand Prize) 15 March 2017
    Draw 6 (Bonanza Prize) 15 March 2017

  11. The selection of winners are through a random selection system. Potential winner(s) will be contacted by telephone. Failure to contact the potential winner(s) in three (3) attempts will lead to disqualification and Organizer will then contact next potential winner.
  12. The selected winner(s) must provide the copy of the original receipt as proof of purchase.
  13. For entry under organization (companies, club and association), the organization is required to nominate an individual (staff/member) as the winner. Failure to nominate an individual will lead to disqualification and the Organizer reserves the right to select next potential winner.
  14. The prizes are not partly or fully exchangeable to other form of prizes.
  15. The Organizer reserves the right at its sole discretion to substitute any of the Prizes with some other prizes with equal value at any time without prior notice.
  16. The prizes must be claimed on the date and location that will be stipulated by the Organizer. The Organizer reserves the right to forfeit the prizes if the winner failed to claim the Prizes within stipulated duration.
  17. Winners are required to attend the prize giving ceremony and/or other publicity programs at their own costs and expenses at the time and venue stipulated by the Organizer for the purposes of collecting their prize.
  18. By participating in this Contest, Organizer reserves the right to publish and display the names and addresses of winners, photographs of winners and audio and/or visual recording for any mass media or marketing materials for advertising and publicity purposes without prior notice and/or compensation.
  19. Organizer’s decision on all matters relating to the Campaign shall be final, conclusive and binding. No further correspondence, appeals, protests or attempts to dispute the same would be entertained in any event.
  20. By participating in this Contest, the participant agrees to be bound by these terms and conditions and the decisions of the organizers and judges. The Organizer reserves the right to change or amend any part of the Terms and Conditions without prior notice.


    SOALAN-SOALAN LAZIM UNTUK PERADUAN “POS LAJU PREPAID CRAZE”

    Bil. SOALAN / JAWAPAN
    S1: Apakah Peraduan “Pos Laju Prepaid Craze”?
    J1: Peraduan Pos Laju Prepaid Craze ini dianjurkan sebagai penghargaan dan ganjaran kepada pelanggan setia Pos Laju.
    S2: Berapa lamakah peraduan ini akan berlangsung?
    J2: Peraduan ini akan berlangsung mulai 1 Disember 2016 – 28 Februari 2017 (3 bulan).
    S3: Siapakah yang boleh menyertai peraduan ini?
    J3: Peraduan ini terbuka kepada semua pelanggan termasuk kakitangan Pos Malaysia kecuali kakitangan yang terlibat secara langsung di dalam kempen dan keluarga mereka yang terdekat. Peserta mesti mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah berserta nombor untuk dihubungi. Peserta yang gagal mengemukakan butiran seperti yang diperlukan, kelayakannya akan terbatal secara automatik.
    S4: Apakah produk yang terlibat di dalam peraduan ini?
    J4: Produk yang terlibat di dalam peraduan Pos Laju Prepaid Craze ini adalah produk prabayar Pos Laju sahaja, termasuk kotak dan sampul prabayar Pos Laju serta Pelekat Prabayar Pos Laju.
    S5: Bagaimanakah cara untuk menyertai peraduan ini?
    J5: Pelanggan perlu membeli mana-mana produk prabayar Pos Laju bernilai RM50 ke atas dalam satu (1) resit. Peserta perlu menyimpan resit pembelian sebagai bukti. Peserta perlu mengisi butiran peribadi berserta jumlah transaksi serta nombor resit sebagai bukti pembelian di www.prepaidcraze.poslaju.com.my. Setiap pembelian bernilai RM50 melayakkan pelanggan untuk satu (1) penyertaan.
    S6: Di manakah pelanggan boleh membuat pembelian produk prabayar Pos Laju
    J6: Produk Prabayar Pos Laju boleh diperoleh di:
        a) Cawangan Pos Laju
        b) Pusat Servis Pos Laju
        c) Kiosk Pos Laju
        d) Pejabat Pos seluruh Malaysia
        e) Pos Laju Go2u
        f) Pos Laju EziDrive-Thru
        g) Pos Mini
        h) Pos-on-Wheels
    S7: Bagaimanakah cara peraduan ini dilangsungkan?
    J7: Setiap penyertaan akan dikumpul pada setiap akhir bulan sepanjang peraduan ini berlangsung untuk mendapatkan pemenang bulanan. Pemenang Hadiah Bonanza, Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati pula akan dipilih selepas tamat tempoh peraduan. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan pemilihan secara rawak oleh sistem.
    S8: Bagaimanakah caranya untuk saya meningkatkan peluang untuk menang?
    J8: Peserta boleh meningkatkan peluang untuk menang dengan membeli lebih banyak produk prabayar Pos Laju di sepanjang tempoh peraduan ini. Lebih banyak pembelian, lebih tinggi peluang untuk menang.
    Setiap transaksi yang bernilai RM50 melayakkan pelanggan untuk satu (1) penyertaan. Contoh transaksi seperti dibawah:
       a) RM150 = 3 Penyertaan
       b) RM1000 = 20 Penyertaan
    S9: Apakah hadiah-hadiah yang ditawarkan bagi peraduan ini?
    J9: Hadiah terbahagi kepada 4 kategori:
       a. HADIAH BONANZA x 1
          • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM9,000.

       b. HADIAH UTAMA x 3
          • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM6,000.

       c. HADIAH SAGUHATI x 5
          • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM3,000.

       d. HADIAH BULANAN x 60
          • Baucar Penghantaran Prabayar Pos Laju benilai RM 1,000.
          • Cabutan akan dibuat pada Januari 2017, Februari 2017 dan Mac 2017
          • Untuk cabutan bulan Februari, terdapat satu (1) “Special Draw” khas untuk pelanggan-pelanggan Lembah Klang sahaja yang berpeluang memenangi Baucar Penghantaran Pos Laju bernilai RM222.
    S10: Bagaimanakah Pemenang akan dipilih?
    J10: Pemenang akan dipilih secara rawak oleh sistem, bakal pemenang akan dihubungi melalui telefon untuk mengesahkan maklumat diri. Kegagalan untuk menghubungi bakal pemenang dalam tiga (3) kali percubaan akan menyebabkan kelayakan terbatal.
    S11: Bolehkah saya memenangi peraduan ini lebih daripada sekali?
    J11: Ya, pemenang yang sama layak untuk memenangi peraduan ini lebih daripada sekali dengan mengemukakan penyertaan baharu bagi bulan-bulan berikutnya. Akan tetapi, penyertaan yang telah dipilih sebagai pemenang bulanan tidak layak untuk memenangi Hadiah Bonanza, Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati di akhir peraduan.
    S12: Bilakah pengumuman pemenang akan dibuat?
    J12: Bagi pemenang bulanan, pengumuman akan dibuat pada minggu pertama bulan berikutnya. Manakala untuk Hadiah Bonanza, Hadiah Utama dan Hadiah Saguhati, pengumuman akan dibuat dalam masa tiga (3) minggu selepas peraduan tamat. Pengumuman akan dibuat melalui laman sesawang Pos Malaysia dan juga Facebook Pos Malaysia.
    S13: Adakah penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan) layak untuk memenangi peraduan ini?
    J13: Bagi penyertaan melalui organisasi (syarikat, kelab dan persatuan), pihak organisasi perlu melantik atau mewakilkan individu (kakitangan atau ahli) sebagai pemenang.
    S14: Adakah hadiah boleh ditukar kepada bentuk atau hadiah yang lain?
    J14: Hadiah berupa Baucar Tunai yang diberikan tidak boleh ditukar kepada bentuk hadiah yang lain.
    S15: Di manakah majlis penyampaian hadiah akan dilangsungkan?
    J15:  a. Kaedah Tuntutan Hadiah Bulanan.
    • Pos Laju akan menghubungi pemenang untuk menuntut hadiah. Kegagalan untuk dihubungi atau kegagalan mengesahkan maklumat peribadi akan menyebabkan peserta kehilangan kelayakan dan pemenang sandaran akan dipilih.

     b. Hadiah Bonanza / Hadiah Utama / Hadiah Saguhati.
    • Majlis penyampaian hadiah akan dianjurkan oleh Pos Malaysia selepas peraduan berakhir yang mana akan diumumkan kelak.
    S16: Di manakah saya boleh menebus guna Baucar Prabayar Pos Laju ini?
    J16: Baucar hanya boleh ditebus di cawangan Pos Laju sahaja.


    GENERAL FAQ FOR POS LAJU PREPAID CRAZE CONTEST

    Bil. SOALAN / JAWAPAN
    Q1: What is the Pos Laju Prepaid Craze Contest?
    A1: The Pos Laju Prepaid Craze contest is organised by Pos Malaysia Berhad as an appreciation and reward scheme for our loyal customers.
    Q2: How long is the contest period?
    A2: The contest will run from 1st December 2016 – 28th February 2017 (3 Months).
    Q3: Who can participate in this contest?
    A3: This contest is open to all Pos Laju walk-in customers including Pos Malaysia staff, except tothose who are directly involved in the campaign and their immediate family members. Contestant must have a valid Identification document and contact information in order to participate. Failure to provide as such will lead to disqualification.
    Q4: What are the Pos Laju products applicable for the entry of this contest?
    A4: The contest is only applicable to the purchase of Pos Laju Prepaid products only, which include Pos Laju Prepaid Boxes, Envelopes and Pos Laju Prepaid Stickers.
    Q5: What do I have to do to participate in this contest?
    A5: Customers need to purchase at least RM50 and above in single receipt worth of Pos Laju Prepaid product (only) and are required to fill in an e-form with contact details, receipt number and transaction amount as proof of purchase via the Pos Laju Prepaid Craze Contest website at www.prepaidcraze.poslaju.com.my
    Q6: Where can I purchase the Pos Laju Prepaid Products?
    A6: The eligible touchpoints are as follows:
        a) Pos Laju branches
        b) Pos Laju services centres
        c) Pos Laju Kiosk
        d) Post Offices
        e) Pos Laju Go2u
        f) Pos Laju EziDrive-Thru
        g) Pos Mini
        h) Pos-on-Wheels
    Q7: How does the contest works?
    A7: All entries will be tabulated at the end of the every month throughout the contest period to select the Monthly Prize Winners. The winners of the Bonanza Prize, Grand Prize and Consolation Prize will be selected after the end of contest period. Selection of winners are based on a random selection system.
    Q8: How do I increase my chances of winning?
    A8: Contestant can increase their chances of winning by purchasing more Pos Laju Prepaid products. The higher amount spent, the higher the chances to win the prizes offered.
    Every RM50 transaction amount will be consider as 1 (one) entry. Example entry as per below:
       a) RM150 = 3 entries
       b) RM1000 = 20 entries
    Q9: What are the prizes offered?
    A9: The prizes are divided into four (4) categories:
       a. BONANZA PRIZE x 1
          • Pos Laju Prepaid Delivery Voucher worth RM9,000

       b. GRAND PRIZE x 3
          • Pos Laju Prepaid Delivery Voucher worth RM6,000.

       c. CONSOLATION PRIZE x 5
          • Pos Laju Prepaid Delivery Voucher worth RM3,000.

       d. MONTHLY PRIZES x 60
          • Pos Laju Prepaid Delivery Voucher worth RM1,000.
          • Draw will be on January 2017, February 2017 and March 2017.
          • On February 2017 draw; there will be a “Special Draw” for Klang Valley customers only, which offers Pos Laju Prepaid Delivery voucher worth RM222.
    Q10: How does Pos Malaysia determines the winners?
    A10: Selection of winners are based on a random selection system. Potential winner(s) will be contacted by telephone for verification. Failure to contact potential winner(s) in three (3) attempts will lead to disqualification and Organizer will then contact the next potential winner(s).
    Q11: Am I eligible to win the contest more than one time?
    A11: Yes, winners are eligible to win more than once by submitting new entries for each of the following month. However, entries that have been selected as Monthly Prize Winners are no longer eligible to win the Bonanza Prize, Grand Prize and Consolation Prize.
    Q12: When will Pos Malaysia announce the winners?
    A12: For monthly winners, the announcement will be made on the first few weeks on the following month. For Bonanza Prize / Grand Prize / Consolation Prize winners, announcement will be made in three (3) weeks’ time after the contest period. Announcement will be made via Pos Malaysia’s official websites & social media channels.
    Q13: Are entries under organization (SME / Sole proprietor / Non individual) win the contest?
    A13: For entry under organization (SME / Sole proprietor / Non individual), the organization is required to nominate an individual (staff or member) as the winner.
    Q14: Can I exchange the prizes into other form of prize?
    A14: The prizes are not partly or fully exchangeable to another form of prizes.
    Q15: Where will the prize giving ceremony will be held?
    A15:  a. Monthly Prize Collect
    • Pos Laju will contact the Monthly Prize winners to collect their prizes at a selected Pos Laju outlet. Failure to contact or verify the personal information will lead to disqualification of the winner and another round of winner selection will take place

     b. Bonanza Prize / Grand Prize / Consolation Prize Collection
    • Prize giving ceremony will be organized by Pos Malaysia. The event will be held after the campaign ended which will be announced on a later date.
    Q16: Where can I redeem the Pos Laju Prepaid Voucher?
    A16: The redemption of Pos Laju Prepaid voucher can only be done at a Pos Laju outlet.